Program Terbesar, Sasar 21,000 Pelajar Daripada Keluarga Berpendapatan Rendah
Kuala Lumpur, 4 Oktober 2019 – Pelajar sekolah rendah daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh Malaysia bakal menerima kelengkapan sekolah untuk sesi akademik tahun depan di bawah program Back to School 2019 (BTS 2019) Yayasan PETRONAS.
Setiap murid yang dikenalpasti daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) itu akan menerima beg galas, botol minuman, baju hujan, alat tulis, berserta dua pasang pakaian seragam sekolah dan sepasang stokin dan kasut.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS Lita Osman berkata: “Usaha kami tahun ini adalah yang terbesar sejak program ini bermula 17 tahun lalu. Kami bersyukur dapat membantu 21,000 murid dari seluruh negara melangkah ke sesi persekolahan yang seterusnya. Kami berharap sumbangan sebegini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk terus kekal di sekolah sehingga tamat pembelajaran.
“Setiap murid seharusnya diberi peluang untuk mendapat pendidikan berkualiti agar dapat mempertingkatkan kualiti hidup. Satu hari kelak mereka akan dapat memperbaiki masa depan keluarga dan komuniti mereka.” tambah Lita.
Menurut laporan terkini Kementerian Pendidikan, kadar keciciran pelajar di Malaysia menurun daripada 0.34% kepada 0.29% antara tahun 2014 dan 2017. Kementerian menyasarkan penurunan lanjut kepada 0.27% pada 2019.
BTS 2019 akan berlangsung dari bulan Oktober ke November 2019 dan membabitkan penyertaan 800 sukarelawan PETRONAS yang akan membantu memilih pakaian seragam serta kasut sekolah murid-murid dan mengagihkan barang keperluan persekolahan itu.
Sukarelawan Saeksarn Sinnaso Pla Set berkata sukar membayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah hanya kerana tidak mampu memiliki kasut atau pakaian sekolah. “Bagi kita yang mampu, bantuan ini mungkin tidak seberapa, tetapi bagi yang bertungkus lumus memastikan anak mereka dapat meneruskan persekolahan, bantuan ini amat bermakna. Saya gembira mendapat peluang menyertai program sebegini.”
Petrosains akan turut mengadakan bengkel Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di beberapa sekolah terpilih.
Muat turun gambar di sini: https://www.yayasanpetronas.com.my/back-to-school-2019/
Mengenai Yayasan PETRONAS
Yayasan PETRONAS ialah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS. Misinya adalah untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Yayasan PETRONAS berhasrat untuk menghasilkan kesan yang lestari, meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat di sekitar negara menerusi bidang tumpuannya dalam Pendidikan, Kesejahteraan dan Pembangunan Masyarkat, serta Alam Sekitar.
W: https://www.yayasanpetronas.com.my
FB: https://www.facebook.com/yayasanpetronasmy/
IG: https://www.instagram.com/yayasanpetronas/
Disediakan bagi pihak:
YAYASAN PETRONAS
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Reshvinder Kaur: + 60 17-275 7985| resh.kaur@ceria.asia
Lim Wei Wen: +6012 3223476 | weiwen.lim@petronas.com