Kuala Lumpur / Kota Kinabalu — 6 September 2019 — Tiga puluh penunggang motosikal Kelab Sukan & Rekreasi PETRONAS (KSRP) telah melakukan kembara amal selama lima hari dari Kuala Lumpur ke Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) di pedalaman Sabah baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan.
Pengembaraan itu bermula di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ke Kota Kinabalu sebelum bergerak bersama-sama dengan rakan-rakan pengembara dari Sabah merentasi Tamparuli, Kundasang, Ranau, Telupid dan Kampung Imbak, yang merupakan pintu masuk ke ICCA di Tongod, sebelum meneruskan perjalanan ke ICCA.
Semasa acara pelepasan yang diadakan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Pn Lita Osman berkata: “Kami amat teruja apabila mendapati bahawa sepanjang pengembaraan ini, kakitangan PETRONAS telah mendukung matlamat untuk membantu serta memperbaiki kehidupan komuniti kurang bernasib baik. Aktiviti yang dirancang telah dibentuk khusus untuk memberikan impak lestari kepada komuniti terlibat serta meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan mereka.”
Beliau turut menambah bahawa kumpulan KSRP ini juga komited untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hutan dan juga mempelajari penyelidikan penting berkaitan alam sekitar yang sedang diusahakan di Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC).
Selain daripada itu, pasukan KSRP melaksanakan pembaikpulihan kantin dan kawasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah Kebangsaan Kampung Imbak. Mereka turut menyampaikan ceramah motivasi kepada 30 pelajar sekolah itu, dan membantu pengusaha “homestay” Kampung Imbak untuk mempromosi perusahaan inap desa serta memasarkan kraftangan mereka dalam talian.
“Ramai di antara kami yang baru pertama kali menyertai pengembaraan sebegini ke ICCA – sebuah Hutan Simpan Kelas 1. Pengalaman menjelajah jauh ke pedalaman Sabah sememangnya sesuatu yang amat menarik. Sambil kami mengeratkan hubungan dengan komuniti tempatan, kami turut terpegun dengan warna-warni kehidupan dan biodiversiti di sana,” kata ketua kembara, Wan M Azmee Wan Mohammad.
Menurut Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Bhd, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, “Pengembaraan oleh kumpulan KSRP ini telah berjalan dengan lancar dengan penggunaan bahan api dan disel PETRONAS. Dalam apa jua perjalanan, perkara yang tidak diduga mungkin berlaku, tetapi saya amat gembira kerana minyak yang digunakan sepanjang kembara ini memberi mereka daya kuasa untuk mengharungi pelbagai bentuk permukaan jalan seperti jalan tanah, tar dan batu kerikil.”
Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia, Hardeep Singh berkata, “PETRONAS Sprinta memberikan prestasi enjin yang lebih baik serta perjalanan yang lebih lancar sama ada di jalan raya atau jalan lasak. Ia merupakan pilihan tepat bagi penunggang KSRP.”
Pasukan kembara itu diiringi oleh pasukan sokongan yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD). Kesemua motosikal dan kenderaan 4WD telah menggunakan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive dan PETRONAS Dinamik Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive. Konvoi itu juga berhenti untuk menyegarkan diri di stesen PETRONAS di Kg Kilimu, Ranau, dalam perjalanan ke ICCA.
Produk PETRONAS yang Digunakan Sepanjang Perjalanan
PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive menjanjikan pemanduan yang lebih lancar, prestasi enjin yang lebih responsif dan lebih penjimatan bahan api. Ciri “Dual Friction Modifier” yang pertama di dunia dalam bahan api baharu ini berhasil mengurangkan geseran dalam enjin sebanyak 20 peratus berbanding bahan api dengan pengubah geseran tunggal terdahulu. Kesannya, enjin menjadi lebih lancar dan responsif. Ciri “Double Detergent” berupaya merangsang ejen pembersihan bahan api untuk menghapuskan sehingga 99 peratus deposit karbon bagi menjaminkan enjin bersih dan kecekapan bahan api yang lebih baik. Selain daripada itu, bahan kimia anti-hakisan memberikan perlindungan dua kali ganda kepada enjin, selain menyumbang kepada prestasi yang lebih baik.
Muat turun gambar di sini : https://www.yayasanpetronas.com.my/yayasan-petronas-ksrp-adventure-ride-to-imbak-canyon/
Nota Kepada Editor
Untuk menonton dan memuat turun stok simpanan visual standard penyiaran dan gambar media secara digital, layari Yayasan PETRONAS News Center. Di sini, terdapat bahan beresolusi tinggi untuk saluran media anda – untuk dipautkan ke dalam laman web anda, berkongsi video menerusi pautan e-mel dan melanggan surat berita kami.
Ikuti Yayasan PETRONAS di Facebook and Instagram. Bagi maklumat lanjut, layari https://www.yayasanpetronas.com.my/the-good-news/ – News and Media
Mengenai Yayasan PETRONAS
Yayasan PETRONAS ialah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS. Misinya adalah untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Yayasan PETRONAS berhasrat untuk menghasilkan kesan yang lestari, meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat di sekitar negara menerusi bidang tumpuannya dalam Pendidikan, Kesejahteraan dan Pembangunan Masyarkat, serta Alam Sekitar.
Mengenai PETRONAS Dagangan Berhad
PETRONAS Dagangan Berhad merupakan cabang pemasaran domestik utama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat minyak negara, yang memegang 69.86% ekuitinya. Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 8 Mac 1994, PDB sejak itu telah memantapkan kedudukannya sebagai syarikat peruncitan dan pemasaran produk hiliran minyak dan gas yang utama di Malaysia.
PDB memasarkan pelbagai produk petroleum bermutu tinggi termasuk gasolin motor, bahan bakar penerbangan, kerosin, diesel, minyak bahan bakar, bahan bakar perkapalan, minyak pelincir, gas petroleum cecair (LPG) dan bitumen di Malaysia.
Mengenai PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) ialah anak syarikat Petronas Dagangan Berhad mengendalikan penjualan, pemasaran, pengedaran dan khidmat teknikal berkaitan produk PETRONAS Lubricant di Malaysia.
Portfolio produk PLMM merangkumi Minyak Motokar Penumpang (PCMO), Minyak Motosikal (MCO), Pelincir Kenderaan Komersil (CVL) dan Pelincir Industri dan Marin (IML) yang memenuhi permintaan pengguna, komersil dan industri. PLMM mempunyai tiga jenama utama, PETRONAS Syntium, PETRONAS Sprinta dan PETRONAS Urania.
Disediakan bagi pihak:
YAYASAN PETRONAS
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Lim Wei Wen: +6012 3223476 | weiwen.lim@petronas.com
Reshvinder Kaur: + 60 17-275 7985| resh.kaur@ceria.asia